Perjalanan

    
aku masih berjalan
kadang kadang berlari
masih ramai di hadapan ku
aku menoleh ke belakang
lebih ramai berjalan
daripada di hadapan ku

aku berjalan
mengikut laluan sendiri
langkah kaki ku terhenti
melihat satu bongkah batu yang besar
menghalang laluan aku

aku berfikir
perlukah aku berhenti disini ?
seraya aku memandang ke langit
mencari najam najam
yang mungkin memberi sinar
tetapi hanya burung berkicauan

aku tahu
aku akan ditinggalkan
oleh yang berjalan di belakang
jika aku berhenti
aku ingin terbang
tetapi tiada sayap

aku mengerah tenaga
dan berusaha sedaya upaya
membuka laluan aku
untuk terus berjalan

dan aku pasti
lebih banyak cabaran di hadapan
tetapi aku terus berjalan

Comments

entri yang popular

tak boleh

cubit pipi kau

Stop

faham tak