Posts

Akhlak dan politik

    
Pilihan raya kali ni sangat mendebarkan. Ia bukan seperti pilihan raya yang sebelumnya. Getir, sengit dan apa jualah yang menggambarkan peristiwa tersebut. Aku mempunyai berbeza pandangan tentang politik dan aku juga tidak memihak kepada sesiapa. Jika aku dipaksa memihak juga, pastilah aku meletakkan agama dan bangsa di hadapan, bukannya nafsu.

Sayang seribu kali sayang. Setiap kali pilihan raya ataupun berlakunya isu berkaitan politik, pasti keadaan yang sama akan berlaku. I repeat, the exactly same situation will happen. Melayu yang terkenal dengan budi bahasanya, telah hilang (they don't feel good). Lalu muncul Melayu yang menjadikan nafsu sebagai pemandu. Biarpun berserban, biarpun bertutup litup, yang penting dapat meluahkan segalanya sekalipun yang menjadi benteng ialah syariat agama. Ia bukan mudah bagi aku tetapi ia hakikat yang acapkali berlaku. Politik di Malaysia ialah pintu fitnah yang paling besar. Pintu yang bertahun dikunci oleh ulamak kita, melalui nilai agama, nilai Melayu kita, tetapi lihatlah siapa yang menolaknya?

Akhirnya kunci pun dibuka.

Drama dalam air

    

Masa di Bidong, aku habiskan banyak masa snorkeling bersama pelajar daripada Heriot-Watt University. Memandangkan aku hanya fasilitator je, aku tak buat apa pun selain be there untuk perhatikan aktiviti diorang. Jadi aku pun cuba nikmati what I have been missing to look at before. Aku rasa sebelum ni aku belum betul betul nampak the real interaction between organisms. Mungkin sebab aku selalu in rush bila dalam air. Bila masa yang terluang ni aku cubalah look around and find humor dalam air.

Ikan damsel hitam yang paling banyak sekali, terutamanya ada tompok putih bila tengok dari atas. Diorang sangat protective ataupun garang. Tiap kali ikan lain lalu kawasan karang yang diorang diam, mesti dia akan attack. Biasanya ikan parrot la yang kena. Tapi one of the moment aku tak boleh lupa bila penyu agar lalu, ikan damsel ni attack mata penyu tu and the turtle shaked its head and swim off. Haha!

Another drama was from sotong katak (cuttlefish). Ada satu masa tu aku terserempak dengan sekumpulan sotong katak. Diorg ni steadily floating but their fin oscillates vigorously. Aku pun minimise movement aku sebab tanak bagi diorg rasa threatened. So aku dapat dekatkan jarak aku dengan diorg. At one moment, aku rasa pelik why they swift. Aku tengok sekeliling dan aku nampak baracudda swimming around. Oh sebab tu lah! Sotong katak ni mungkin prey on damsel yang warna hitam tu sebab tu diorang ada kat situ.

Satu perkara lagi aku nampak ialah waktu makan. Aku bukan dalam bidang animal behavior study tapi aku dapat rasakan yang semua binatang ni ada waktu makan diorang. Aku selalu nampak school of parrotfishes makan sama sama and at the same time ada la jugak beberapa ekor ikan jenis lain join sekali. Diorang memang choosy, pilih mana algae yang sedap (bagi diorg la kot). Tak semua ikan makan je 24 jam. Diorang mestilah makan ikut waktu dan yang paling penting makan bila lapar!

Okay part yang paling menarik sekali ialah aku jumpa cleaning stations. Aku perasan cleaning stations ni kat patches of coral. Aku perhatikan je setiap kali ada ikan macam kerapu atau parrotfish yang besar datang area tu, ikan ni bukak insang and let the cleaning process happen. Semua ni cleaning wrasse yang akan buat. Kadang kadang tengah cleaning ni, ikan besar tu swim away walaupun cleaning process tak siap lagi then the wrasse pun terkejar kejar ikan tadi. Last sekali the wrasse akan balik to the cleaning station and wait for another client!

Okay that's it. Ada banyak lagi benda yang interesting tapi aku tak tahu nak kongsi macam mana. Apa pun ini hanya sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan jumlah binatang yang ada kat dalam tu. Aku harap dapat lagi peluang macam ni.

Part of the ocean is on land, and I am the part.

Day off to Bidong

    

Minggu ni hampir secara keseluruhannya aku hanya penuhkan waktu dengan menyediakan barang untuk program fakulti minggu depan. Mungkin agak rush dan at certain point aku tak tahu program apa sebenarnya yang aku terlibat haha. Just few days back aku dapat surat explaining the details of the program. Jadi aku baru tahu yang aku ni ialah seorang fasilitator!

Takda lah susah sangat pun sebab kerja yang aku kena buat ialah pastikan barang cukup masa pergi dan balik. Selain tu, aku kena angkat barang yang banyak dan berat tu masuk ke dalam pulau. Oh yang ni paling parah haha.

But it will be fun inshaAllah, dan aku hanya anggap seminggu di pulau nanti hanya days off aku sebelum bulan puasa dan viva. Aku bersyukur sangat sebab sebelum ni rasa cemburukan orang yang pergi balik pulau, tapi sekarang bila dapat pergi pulau, setiap bulan dapat pergi sokmo. Alhamdulillah Bismillah.

Have fun Arif!

Masa

    
Hi. Pernah tak terfikir macam mana orang dulu tentukan masa? Aku hairan jadi aku rasa nak tulis entri tentang masa, apa itu masa dan dari mana datangnya konsep masa secara ringkas (sangat ringkas haha).

Ada beberapa arguments tentang masa tapi it's not important here sebab aku nak ceritakan pandangan aku sahaja. Kalau kita buat carian di internet tentang masa, tiada siapa pun yang boleh bagi satu pemahaman yang solid. Masa sebenarnya tak wujud pun. Ia satu konsep yang memudahkan kita melihat sesuatu dalam bentuk aturan. Daripada sudut fizik, ia suatu perkara yang menjadi asas atau reference kepada sesuatu yang bergerak (motion). Contohnya sesuatu bergerak mestilah daripada keadaan yang sebelumnya kepada keadaan selepasnya seperti kita lihat garis masa. Kalau kita tengok gambar yang tidak bergerak (sekarang ada gambar yang bergerak kot haha) kita tak dapat nak pastikan jika di dalam gambar tersebut mempunyai masa atau tidak.  

Neil deGrasse Tyson, seorang astrofizik dari Amerika dalam satu temu ramah kat youtube bagitahu, kita terperangkap dalam masa sekarang (present). Kita tak tahu apa yang akan berlaku, dan kita terperangkap dengan apa apa yang telah berlaku. It's like a prison. Jadi masa ni hanya logical experience yang kita perlukan untuk memudahkan kerja kita.

Susah sebenarnya nak hasilkan konsep masa yang boleh diterima pakai oleh semua orang, sebab ia mengambil masa yang lama untuk dapatkan satu konklusi yang tepat. Perkiraan masa bermula ribuan tahun dahulu, hanya dengan melihat pergerakan matahari dan bulan. Kemudian kepada penelitian bintang bintang sehingga kepada pergerakan atom (penentuan panjang 1 saat). Akhirnya lahirlah kalendar dan sistem 24 jam, yang semua orang pakai. Walaupun macam tu, sekarang pun masa masih lagi hanya anggaran, tetapi dengan teknologi yang kita ada sekarang ni, anggaran tu sangat tepat sehingga kesalahan 1 saat boleh dilihat berjuta tahun yang akan datang.

Kajian tentang masa masih lagi berjalan, dan aku pun tak tahu apa yang mungkin boleh dihasilkan oleh pakar pakar fizik untuk memanipulasikan masa dalam kehidupan. Apapun sentiasalah bersyukur sebab kita masih lagi berada dalam keadaan masa (present), sebab suatu hari nanti kita akan berada di satu keadaan yang tidak bergantung lagi pada masa. Dalam hadis cerita (lebih kurang) Nabi SAW nasihat, baginda buat kotak pastu ada satu garis lurus dari dalam kotak sehingga keluar kotak, lalu baginda bersabda, kotak ini kehidupan manusia, garis di dalam kotak ini ialah apa apa yang manusia dapat dalam hidupnya, sementara garis yang terkeluar itu ialah angan angan manusia.

Disclaimer: aku bukan ahli fizik, this is just my two cent. Kalau salah sila betulkan. Bye.

Langkawi - Family Trip

    
Terengganu - Langkawi - Johor

4 April 2018, pukul 2130 kawan aku hantar ke stesen bas Kuala Terengganu untuk aku naik bas ke Kuala Perlis. Sampai 0630 the next day, solat Subuh dan beli 0730 ferry tix to Langkawi. My parents and my sisters were arrived the day before from Johor so my parents amik aku kat terminal feri around 0900. Then we went to Kondo Istana (sounds luxurious kan tapi apartmen lama je sebenarnya) to get ready for our first day trip in Langkawi!


I have been traveling to Langkawi few times, most of them were on academic trip. Jadi aku tahu lah sikit jalan kat sana. Langkawi ni senang je jalan dia, just follow the signboard, tak perlu pun pakai maps kecuali nak pergi makan kat specific places, kot. Tapi bila malam, aku jadi gelabah, sebab aku tak boleh nak imagine jalan yang aku lalu pada waktu pagi, kena guna maps jugaklah haha.

Back to the story, first day trip we went to Makam Mahsuri before performing Jumaat prayer near Chenang. In the evening, kitorang pergi Underwater World Langkawi, ada junior kerja situ dan tetiba dia nak belikan tiket sebab dapat murah sikit la kot, dia kata. The next day we went Island Hopping. Island Hopping trip ni bagi aku agak serabut la sebab ramai orang and many boats to pick and send people. Aku tak dapat bayangkan kalau waktu cuti sekolah macam mana, phew. 7 April 2018, kitorang pergi mangrove tour. Haa yang ni aku pernah pergi zaman belajar dulu. Still beautiful and clean except by the beach tu nampak jugak sampah yang stranded, mostly plastics. Aktiviti kitorang mostly habis around 1400, so the rest of the day korang faham jela apa yang perlu korang buat, shopping lah.

Langkawi pada aku banyak sangat fee, nak masuk ni kena bayar, nak masuk ni kena bayar, nak pakai ni kena bayar. It is not all inclusive packages, ataupun semua packages macam tu? Aku tak tahu sebab semua adik aku yang tempah. Tapi kan senang kalau we made a payment in one go and enjoy semua tanpa fikir lepas ni nak bayar apa lagi, yang penting tak perlu bawak banyak cash untuk buat aktiviti luar. Oh atau mungkin jangan terlalu bawa banyak barang, sebab ada monyet yang akan sentiasa escort kita!

Dua botol air aku kena rampas dengan monyet, ergh!

Kenapa percaya teori konspirasi?

    
Hairan dengan dunia. Semakin ramai yang mempercayai benda yang mengarut sehingga jadikan ia satu prinsip dalam hidup yang akhirnya tidak membawa ke mana mana. Seperti vaksin dan homebirth yang sekarang kecoh. Sebenarnya bukannya terlalu susah untuk kita tahu sesuatu itu benar ataupun palsu. Tetapi tidak terlalu mudah jugak. Jadi aku cuba cari kenapa manusia ni terlalu mudah mempercayai bulat bulat tentang teori konspirasi. Sebelum tu aku nak bagitahu, bila hands on (macam exam pulak) memang susah nak bezakan samada konspirasi itu benar atau salah. Jadi biasanya bila perkara ni terjadi kepada aku, otak aku secara automatiknya akan jeniskan samada perkara itu soal akidah, hukum agama, atau sekadar berita berita. Dari situ mudah lah sikit tugas aku, samada aku nak teruskan merujuk atau aku hentikan je maklumat tu, "period". Kemudian, watlek watchil, dan teruskan hidup macam biasa.

Teori konspirasi ni macam satu penjelasan tentang perkara yang tak boleh explain dengan bukti saintifik (unnatural phenomenon) ataupun pemahaman yang berlawanan dengan apa yang telah disepakati oleh ahli pakar. Jadi orang yang percaya teori konspirasi ni macam someone yang swim against the current la kot. Perspektif manusia ni kadang kadang suka berat sebelah melalui "confirmation bias" dan "proportionality bias". "Confirmation bias" tu kecenderungan otak kita nak percaya dengan apa yang kita nak percaya, dan "proportionality bias" tu pulak lebih kepada sebab-akibat sesuatu perkara (rationality). Bila aku nak buat research tentang sesuatu benda, aku akan baca banyak sumber, jika ada dua benda contradict, otak aku terpaksa nak pilih salah satu, jadi pemilihan ni la boleh jadinya bias, bergantung kepada beberapa sebab.

Pertama sekali sumber utama itu sendiri la kan, dia nak jaga maruah ataupun unique value yang ada tentang perkara tu. Lepas tu kita sebagai pembaca pulak memang naluri kita nak tahu sesuatu yang menyenangkan (comforting) dan kita rasa kita perlu kawal maklumat yang sampai dalam otak. Contohnya, bila kita yang pegang stereng kereta kita rasa selamat, biarpun bawak laju tapi kalau orang lain bawak kita rasa kurang selamat (especially bila perempuan bawak haha). Jadi memang secara semulajadinya kita ada perasaan nak kawal pendirian kita, macam istilah ego, dia je betul. Kemudian barulah yang terakhir sekali latar belakang kita, daripada didikan masa kecil, sehingga pegangan agama kita, semuanya sekali membentuk pemikiran kita. Jadi kesemua sebab nilah yang akan letakkan kecenderungan diri kita ni nak percaya yang bumi ni rata, penyakit penyakit kat dunia ni ciptaan manusia, ataupun Avril Lavigne sebenarnya Melissa?! Haha. Tapi yang menariknya, aku ada terbaca bahawa semakin kuat orang tu percaya teori konspirasi, semakin tinggi kecenderungan mereka menolak fakta sains. Make sense.

Sebenarnya bukan teori konspirasi je, semua bendalah yang ada perselisihan pendapat mesti kita akan cenderung ke salah satu arah. Aku biasanya akan pilih jalan tengah kecuali perkara yang melibatkan akidah. Tapi kalau setakat tentang dunia ni dikawal oleh keluarga Rothschild lah bumi tu rata lah, aku tanak letakkan pendirian aku kat mana mana, tapi bukan bermaksud aku tak tahu, cuma ia tak mengubah apa apa pun. Aku lebih cenderung ke arah penjelasan yang berasaskan fakta bukan cerita. Pemahaman daripada kata sepakat ahli pakar. Apa apa pun, sejak dunia dah di hujung jari ni, aku pun ingatkan la diri aku supaya fahamkan perkara teras dalam hidup ni, biologi, fisik, komputer, agama dan sebagainya. Kemudian cuba cari maklumat tu daripada sumber yang dipercayai oleh ahli pakar, bukan sumber yang kita nak percaya, be fair. Akhir kalam, aku tanak mengubah sesiapa, selagi perkara tu tak mengubah akidah kita, berlembutlah. Tak payah lah kalau aku percaya peristiwa "moon landing" terus kata aku sesat, duhh. Tak masuk neraka pun kalau percaya ataupun tak percaya benda tu. Kalau tak tahu pun takpe!

"We are shaped by our thoughts, we are becoming what we think." - Buddha.

Sesal kemudian tak berguna

    
Sedang kita berdosa kepada Allah, kemudiannya bertaubat, maka yang mengampuninya ialah Allah yang Maha Pengampun. Atau sedang kita berdosa kepada manusia, kemudiannya sukar untuk meminta maaf, tetapi jika kita memberanikan diri, boleh sahaja manusia itu memaafkan kita. Jadi walau apa pun dosa yang kita lakukan, pengakhiran dosa tersebut boleh juga diampunkan.

Tetapi hitam hitam yang terpalit dalam hati ini tidak mungkin akan hilang dengan hanya meminta maaf. Ia seperti menghilangkan satu memori. Semakin kau ingin melupakan, semakin ia datang.